Selasa, 26 Mei 2009


Lama aku tak update blog ni...setelah sekian lama mencari...baru aku jumpa keratan akhbar yang aku kata dulu....tu ler rupa aku masa muda remaja...Haha

Pada hari kejadian, aku kebetulan sedang menghantar stock Mencit aku ke petshop di Bt 6 1/2, Johor Bahru. Tengah-tengah deal, tetiba muncul sorang reporter bertanya mengenai haiwan-haiwan kesayangan yang dijual...owner petshop tu pun perkenalkanlah aku...terus aku diinterview...pastu dia mintak lah aku posing sikit dengan Mencit-mencit yang aku jual...

Sabtu, 29 November 2008

Hujung Minggu

Hari yang aku paling suka ialah hujung minggu...clear sikit otak dari kekalutan di ofis...Minggu ni aku takde terlibat dalam apa2 aktiviti luar...so pagi pagi lagi aku dah memulakan operasi membersih ternakan aku...hehehe....Dengar mcm byk je...

Adalah dalam 25 ekor kucing, 4 ekor gerbil, 5 ekor Hamster, dan beribu2 ekor cacing...LOL

Hari ni memang aku dah plan nak bersih kan sangkar kucing dan litter tray diorang. Hujung minggu je lah aku boleh luangkan masa lebih sikit dgn diorang...
Settle semua tu, aku mengadap pula bekas cacing aku. Aku gemburkan medium je...pastu masukkan daun kering sikit...minggu ni aku tak tambah batang pisang, sebab minggu lepas aku tak sempat rendam...Keliling rumah memang banyak pokok pisang...anak-anak pisang tu memang jadi mangsa...habis aku tebang wat makanan cacing.
Siap gembur, aku siram dengan air yang dicampur EM...kasi up sikit kandungan mikrob dalam bekas cacing aku...baru cacing gemuk...

Khamis, 27 November 2008

Macamana Aku Boleh Terjebak Dalam Dunia Penternakan Cacing Ni

Kalau korang tak tau, aku ni dari kecik minat sangat dengan animal kingdom...bahan bacaan aku ialah encyclopedia under huruf "A" sbb kat situ ada cerita pasal haiwan-haiwan ni (Omputih panggil Animal)

Dulu kekecik, habislah semua nama binatang-binatang ni aku hafal..tunjuk ler apa jenis binatang pun...(Kerek pulak rasanya..;-P)

Mungkin sbb aku banyak mengkaji...jadi skill pengecaman aku tinggi sikit dari rakan2 sebaya aku...mungkin sbb minat pun ya...

Bila besau sikit, aku masuk kelas sains...pastu masuklah U...kat U aku ambik course Zoologi...Hajat asal nak jadi Zoologist...tp atas sebab keselamatan negara...aku terpaksa simpan je hasrat tu...Huahuahua

Tp aku tak pernah berenggang dengan minat aku....

Aku pernah jadi breeder tikus "terbesar" di Melaka, JB and some say in BATAM...serius Beb...aku ada bukti keratan akhbar...nanti aku cari...

Masa tu aku tgh belajar lagi, bila aku terpaksa bekerja di JB...business tu pun terkubur...

Dua tahun lepas aku mula berkecimpung dalam showbiz...bukan industri lakonan tau...tp show kucing...masa tu aku beli beberapa ekor kucing baka tulen seperti American Curl dan Munchkin...industri ni lebih kepada hobby je..sbb jual kucing ni tak ler menguntungkan...sampai skrg aku still bela kucing-kucing ni...kalau korang minat...leh tgk website aku...www.freewebs.com/mountophir

Sejak awal tahun lepas, aku berpeluang bertugas di Melaka...masa tu terputik idea nak buat business..aku fikir sampai bila nak makan gaji kan...byk jugak peluang yang diintai, mengambil kira faktor modal, masa yang dapat aku luangkan untuk business...Kebetulan masa tu tengah sibuk pasal ternakan cacing ni...tapi penyebab utama aku mulakan ternakan cacing ni ialah mak aku...dia yang betul2 bersemangat masa nak mulakan business...

Saat Bersejarah....One Earth Agroworld akhirnya ada Blog

Hari ini...tetiba aku mendapat "seruan" untuk mula membina blog...dah lama hajat tu terbuku di hati...member2 pun dah berulang kali mengalakkan...cuma jari jemari ni begitu kaku untuk memulakan penulisan blog ni...

Oklah..aku mengaku...aku bedek je semua tu...;-P

Sebenarnya, esok mak aku akan mula belajar buat blog!!!!!!!!!

Aaaaaa...tidak.....alamak orang tua aku yang dah 57 tahun tu pun dah nak mem"blog"kan diri...ni aku tak ter"blog2" jugak

Malu Beb...huhuhu...

So bermulalah episod aku merepek meraban di sini...menceritakan hikayat "Aku seorang Penternak Cacing"....

Otak ni tgh ligat pikirkan apa yang aku nak tulis disini