Khamis, 27 November 2008

Macamana Aku Boleh Terjebak Dalam Dunia Penternakan Cacing Ni

Kalau korang tak tau, aku ni dari kecik minat sangat dengan animal kingdom...bahan bacaan aku ialah encyclopedia under huruf "A" sbb kat situ ada cerita pasal haiwan-haiwan ni (Omputih panggil Animal)

Dulu kekecik, habislah semua nama binatang-binatang ni aku hafal..tunjuk ler apa jenis binatang pun...(Kerek pulak rasanya..;-P)

Mungkin sbb aku banyak mengkaji...jadi skill pengecaman aku tinggi sikit dari rakan2 sebaya aku...mungkin sbb minat pun ya...

Bila besau sikit, aku masuk kelas sains...pastu masuklah U...kat U aku ambik course Zoologi...Hajat asal nak jadi Zoologist...tp atas sebab keselamatan negara...aku terpaksa simpan je hasrat tu...Huahuahua

Tp aku tak pernah berenggang dengan minat aku....

Aku pernah jadi breeder tikus "terbesar" di Melaka, JB and some say in BATAM...serius Beb...aku ada bukti keratan akhbar...nanti aku cari...

Masa tu aku tgh belajar lagi, bila aku terpaksa bekerja di JB...business tu pun terkubur...

Dua tahun lepas aku mula berkecimpung dalam showbiz...bukan industri lakonan tau...tp show kucing...masa tu aku beli beberapa ekor kucing baka tulen seperti American Curl dan Munchkin...industri ni lebih kepada hobby je..sbb jual kucing ni tak ler menguntungkan...sampai skrg aku still bela kucing-kucing ni...kalau korang minat...leh tgk website aku...www.freewebs.com/mountophir

Sejak awal tahun lepas, aku berpeluang bertugas di Melaka...masa tu terputik idea nak buat business..aku fikir sampai bila nak makan gaji kan...byk jugak peluang yang diintai, mengambil kira faktor modal, masa yang dapat aku luangkan untuk business...Kebetulan masa tu tengah sibuk pasal ternakan cacing ni...tapi penyebab utama aku mulakan ternakan cacing ni ialah mak aku...dia yang betul2 bersemangat masa nak mulakan business...

Tiada ulasan: