Sabtu, 29 November 2008

Hujung Minggu

Hari yang aku paling suka ialah hujung minggu...clear sikit otak dari kekalutan di ofis...Minggu ni aku takde terlibat dalam apa2 aktiviti luar...so pagi pagi lagi aku dah memulakan operasi membersih ternakan aku...hehehe....Dengar mcm byk je...

Adalah dalam 25 ekor kucing, 4 ekor gerbil, 5 ekor Hamster, dan beribu2 ekor cacing...LOL

Hari ni memang aku dah plan nak bersih kan sangkar kucing dan litter tray diorang. Hujung minggu je lah aku boleh luangkan masa lebih sikit dgn diorang...
Settle semua tu, aku mengadap pula bekas cacing aku. Aku gemburkan medium je...pastu masukkan daun kering sikit...minggu ni aku tak tambah batang pisang, sebab minggu lepas aku tak sempat rendam...Keliling rumah memang banyak pokok pisang...anak-anak pisang tu memang jadi mangsa...habis aku tebang wat makanan cacing.
Siap gembur, aku siram dengan air yang dicampur EM...kasi up sikit kandungan mikrob dalam bekas cacing aku...baru cacing gemuk...

Tiada ulasan: